MENU

Pada 23 Oktober 2014 berlangsung Majlis Perpisahan Mantan Yang Dipertua MDGM bersama Ahli-Ahli Majlis, Setiausaha dan Ketua Unit Majlis Daerah Gua Musang. Majlis berlangsung di Hotel Perdana Kota Bharu dan dihadiri semua Ahli Majlis, Setiausaha dan Ketua Unit. Dalam ucapan amanat Mantan Yang Dipertua, beliau berharap supaya MDGM dapat mengorak langkah ke hadapan dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan seterusnya dapat mencapai menjadi sebuah Majlis Perbandaran Gua Musang pada masa akan datang.