MENU

PADA 1438H/06 Oktober 2016, YAB. Ustaz Dato' Menteri Besar Kelantan hadir merasmikan Pejabat Tanah dan Jajahan Kecil Lojing. Bangunan tersebut yang terletak di Lojing, Kelantan merupakan sebuah binaan bangunan yang berkeluasan 891 meter persegi dan telah berjaya disiapkan dalam tempoh 22 minggu.

Projek ini direkabentuk serta dipantau sepenuhnya oleh JKR Kelantan dengan konsep bangunan adalah ‘vernacular’ iaitu senibina tempatan yang sesuai dan praktikal dengan cuaca tropical. Bangunan Pejabat tanah dan jajahan Kecil Lojing ini turut menempatkan jabatan-jabatan lain seperti JKR, MDGM, JPS, Jabatan Perhutanan, JAHEIK dan Jabatan Pertanian.