MENU

MAJLIS DAERAH GUA MUSANG (MDGM) telah mengadakan Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017 di Ibu Pejabat MDGM yang baru pada 06 Julai 2017. Majlis telah diserikan lagi dengan kehadiran YM. Tuan Zainal Abidin Bin Tuan Yusuf, Yang Dipertua MDGM, Ketua WHIP, Ahli-Ahli Majlis, Setiausaha, semua kakitangan MDGM dan tetamu jemputan. Acara dimulakan dengan sesi perjumpaan kakitangan bersama YM. Yang Dipertua disamping meraikan kakitangan yang bersara seterusnya melangsungkan sambutan hari raya aidilfitri bersama pelanggan, kakitangan dan dif jemputan. Program ini berjaya merapatkan hubungan silaturahim dan ukhwah antara pihak pengurusan, ahli majlis, kakitangan dan pelanggan-pelanggan MDGM.