MENU

PADA 19 FEBRUARI 2019, MAJLIS DAERAH GUA MUSANG telah mengadakan program gotong-royong bulanan Di Kolam Air Panas 'Ber' Lojing. Sebagai menyahut seruan kempen 'Kelantanku Bersih', kakitangan bahagian Kebersihan & Persekitaran MDGM telah menjalankan aktiviti gotong-royong beramai-ramai bagi membersihkan kawasan persekitaran Kolam Air Panas 'Ber' untuk memberi keselesaan dan tarikan kepada pengunjung dan pelancong yang datang melawat ke kolam air panas tersebut.