MENU

BAHAGIAN KERAJAAN TEMPATAN SUK KELANTAN telah mengadakan Majlis Angkat Sumpah Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan pada 03 Zulhijjah 1440H / 04 Ogos 2019M di Pejabat YB. Dr. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Dan Kesihatan Negeri Kelantan, Blok MABNA, aras 7, Kompleks Kota Darulnaim. Majlis turut disaksikan angkat sumpah oleh YABrs. Tuan Haji Norazman Bin Abd Ghani Yang Dipertua Baharu Majlis Daerah Gua Musang. Turut hadir sama dalam majlis tersebut adalah YBrs. En Zulkarnean Bin Isa (Setiausaha MDGM). Pihak Pengurusan dan kakitangan MDGM mengucapkan selamat datang serta selamat bertugas kepada YABrs. Tuan Yang Dipertua.