MENU

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah membuat Lawatan Persijilan Semula Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) di Majlis Daerah Gua Musang pada 07 September 2015. Pihak juruaudit telah membuat semakan dan pemantauan ke atas dokumentasi dan persekitaran MDGM sebagaimana yang ditetapkan dalam persijilan amalan 5S. Rombongan MPC telah disambut oleh YBrs. Tuan Setiausaha, Ketua Unit dan Kakitangan MDGM. Hasil daripada lawatan tersebut MDGM telah mendapat pengiktirafan dalam pematuhan dan pemakaian amalan persekitaran berkualiti QE/5S.