MENU

Program Karnival Komuniti 1Malaysia Peringkat Negeri Kelantan telah berlangsung selama tiga hari berturut-turut pada 3 hingga 5 Mei 2012 bertempat di Padang Pusat Sivik, Jalan Persiaran Raya,
Gua Musang, Kelantan. Majlis telah dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Mohd. Najib Tun Hj Abdul Razak pada 4 Mei 2012, jam 10.00 pagi.
Pelbagai acara menarik turut diadakan sepanjang program ini berlangsung, antaranya ialah Persembahan Kebudayaan 1Malaysia, Pertandingan Gasing, Pertandingan Wau Cantik , Pertandingan Dikir Barat , Muay Thai, gerai jualan, serta gerai pameran yang membabitkan pelbagai jabatan, agensi kerajaan dan swasta.