MENU

Pada 12 September 2019, Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) telah membuat satu kunjungan hormat ke Perbadanan Aset Keretapi (RAC) Kajang Selangor, rombongan ini diketuai oleh YBrs. En. Zulkarnean Bin Isa (Setiausaha MDGM), YBrs. Ketua Penolong Ketua Jajahan Gua Musang (Pembangunan) Pejabat Tanah & Jajahan Gua Musang, Ahli-Ahli Majlis dan Ketua Unit MDGM. Kunjungan ini diadakan bagi tujuan perbincangan dua hala berkaitan stesen keretapi lama Gua Musang untuk dijadikan pusat maklumat pelancongan jajahan Gua Musang serta isu pencerobohan rumah setinggan di atas tanah milik Perbadanan Aset Keretapi. Perbincangan ini telah berlangsung dengan penuh muhibbah dan semangat setiakawan demi memajukan industri pelancongan di Gua Musang.  Program ini diurusetiakan oleh Jawatankuasa Penerangan, Perpaduan dan Pelancongan MDGM.