MENU

Majlis Daerah Gua Musang telah menganjurkan "Kursus Budaya Kerja Cemerlang" kepada semua kakitangan MDGM pada 5-6 Julai 2013 (Jumaat & Sabtu), bertempat di dewan Pusat Sivik Gua Musang. Program ini dianjurkan dengan kerjasama antara MDGM dan INTAN Kampus Wilayah Timur (INTIM). Kursus ini di kendalikan oleh En. Mohd Zabidi Bin Ahmad (Pegawai INTIM), seramai 128 orang kakitangan telah menghadiri kursus ini termasuk semua Ketua Unit MDGM. Objektif kursus ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan dan memberi motivasi agar semua kakitangan dapat meningkatkan lagi mutu kerja pada masa akan datang selaras untuk mencapai visi Majlis ke arah Majlis Perbandaran pada tahun 2020. Pelbagai program ilmiah telah dijalankan sepanjang kursus ini berlangsung terutama melibatkan aktiviti berkumpulan, perbentangan kertas kerja, aktiviti pemikiran kreatif & inovatif serta pelbagai lagi. Kursus ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dan berharap dapat diteruskan lagi pada masa akan datang .