MENU

Lawatan Penilaian Bagi Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) 2018 di Pejabat Majlis Daerah Gua Musang, pada 16 Ogos 2018. Panel penilai terdiri daripada Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Dasar dan Inspektorat KPKT, Pen. Setiausaha Kanan, Bahagian Dasar dan Inspektorat KPT, Pen. Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Pegawai Perancang Bandar dan Desa PLANMalaysia dan Pen. Pegawai Senibina JKT. Semua panel penilai telah diberi penerangan dan taklimat oleh YBrs. En. Zulkarnean Bin Isa, Setiausaha MDGM.