MENU

Pada 08 September 2014 Satu Lawatan Rasmi YB. Dato' Mej (B) Haji Md Anizam Bin Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan Dan Warisan Kelantan bersama YB. Ustaz Hassan Bin Mohamood ADUN Tawang ke Kolam Air Terjun Panas Pos Mering & Kolam Air Panas 'BER' Lojing. Majlis turut dihadiri oleh YABrs. Tuan Haji Nazran Bin Muhammad, Yang Dipertua MDGM, YABrs. Ketua Jajahan Kecil Lojing, Setiausaha MDGM, Ketua WHIP MDGM, Ahli-Ahli Majlis, Ketua Jabatan Agensi Persekutuan & Negeri. YB. Dato' Pengerusi berharap supaya air terjun dan kolam air panas ini akan menjadi salah satu lagi produk pelancongan yang terkenal di negeri kelantan dan Malaysia amnya, sempena lawatan ini juga YB. Dato' Pengerusi turut bersolat jemaah di Masjid Keputeraan Lojing sambil melawat tapak cadangan pembinaan mercu tanda di Jajahan Kecil Lojing. Majlis berjalan dengan lancar dan jayanya.