MENU

Pada 21 Januari 2013 bertempat di Bilik Gerakan Jajahan Gua Musang berlangsung Majlis Angkat Sumpah menerima jawatan sebagai Ahli Majlis Bagi Tahun 2013 dan Mesyuarat Penuh MDGM kali 1/2013. Majlis dirasmikan oleh YABrs Tuan Haji Mat Jusoh Bin Husin, Yang Dipertua MDGM. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan YDP dan majlis angkat sumpah Ahli Majlis seterusnya Mesyuarat Penuh MDGM Kali 1/2013 dimulakan. Dalam ucapan aluan YDP berharap supaya semua Ahli Majlis, Pengurusan, Ketua-ketua Unit dapat menjalankan tugas dengan baik dan bertanggungjawab demi memastikan segala amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan jayanya seterusnya memastikan inspirasi majlis dapat mencapai misinya iaitu untuk menjadi Majlis Perbandaran menjelang tahun 2020. Majlis dihadiri oleh semua Ahli Majlis, Setiausaha dan Ketua-Ketua Unit Majlis Daerah Gua Musang.