MENU

MAJLIS DAERAH GUA MUSANG (MDGM) sekali lagi mengorak langkah ke hadapan apabila berjaya mengadakan Majlis Menandatangani 'MOU' bagi Pembinaan Kilang Simen Bersepadu di Chiku 7 Jajahan Gua Musang antara Majlis Daerah Gua Musang dan ASN Cement Sdn. Bhd. Majlis telah berlangsung di tingkat 39 Hotel PNB Darby Park, Kuala Lumpur yang disaksikan oleh YB. Dato' Haji Abdul Fattah Bin Haji Mahmood, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar Negeri Kelantan. Majlis turut dihadiri oleh YABrs. Tuan Haji Nazran Bin Muhammad, Yang Dipertua MDGM, Setiausaha, Ketua Penolong Ketua Jajahan Gua Musang (Pembangunan) PTJGM, Ketua WHIP MDGM, Ahli Majlis, Ketua Unit dan Pengurusan Syarikat ASN Cement Sdn. Bhd. Dalam ucapan YB. Dato' Pengerusi berharap supaya Memorandum Persefahaman ini dapat memajukan lagi kawasan Jajahan Gua Musang dan dapat memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak yang terlibat dan juga pihak Kerajaan Negeri Kelantan dan rakyat jelata. YB. Dato' Pengerusi juga meletakkan sasaran untuk kesemua PBT-PBT di Kelantan boleh berdikari dengan sendiri, dengan adanya pembangunan baru seperti kawasan industri dan perumahan, beliau percaya pendapatan dan pulangan bagi pihak Majlis Daerah akan meningkat.