MENU

Majlis menandatangani perjanjian projek usahasama antara Majlis Daerah Gua Musang dengan Syarikat Pingat Harmoni Sdn Bhd telah berlangsung pada 30 Ogos 2012 di Hotel Renaissance, Kota Bharu Kelantan.

Majlis menandatangani perjanjian ini adalah bagi  projek membina, membangunkan dan menyiapkan 29 unit bangunan kedai pejabat yang terdiri daripada 26 unit kedai pejabat dua (2) tingkat dan tiga (3) unit kedai pejabat  tiga (3) tingkat di atas tanah pt 12631 mukim Bandar Gua Musang Daerah Galas, Jajahan Gua Musang, Kelantan.