MENU

KERAJAAN NEGERI KELANTAN DAN MAJLIS DAERAH GUA MUSANG (MDGM) sekali lagi mengorak langkah ke hadapan apabila berjaya mengadakan Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Projek Pembinaan Kilang Simen Bersepadu Chiku 7, Gua Musang antara Majlis Daerah Gua Musang dengan ASN Cement Sdn. Bhd. Majlis telah berlangsung pada 05 Ogos 2015 di bilik Mesyuarat AMMK, Kota Darulnaim Kelantan yang disaksikan oleh YAB. Ustaz Dato' Ahmad Bin Yakob, (Menteri Besar Kelantan). Majlis turut dihadiri oleh semua EXCO Kerajaan Negeri Kelantan, Ketua-Ketua Jabatan Negeri termasuk Y.M Yang Dipertua MDGM, Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis, dan Pengurusan tertinggi Syarikat ASN Cement Sdn. Bhd. Majlis berlangsung dengan penuh lancar dan berjaya.

MOU Kilang Simen1 MOU Kilang Simen2

MOU Kilang Simen3 MOU Kilang Simen4