MENU

PADA 15 FEBRUARI 2020, Bertempat di Hotel Perdana Kota Bharu, Majlis Daerah Gua Musang telah mengadakan Majlis Paluan Berundur Mantan Tuan Setiausaha YBrs. En Zulkarnean Bin Isa yang akan bertukar ke Pejabat Tanah Dan Jajahan Kuala Krai pada 16 Februari 2020. Seluruh Warga Kerja MDGM mengucapkan selamat maju jaya ditempat baru kepada mantan Tuan Setiausaha. Jasamu tetap dikenang. Warga kerja MDGM juga mengucapkan selamat datang kepada Tuan Setiausaha baharu YBrs. En Nik Ahmad Shazzwan Bin Nek Mumhammad ke MDGM. Majlis telah diraikan oleh YBhg. Dato’ Haji Norazman Bin Ab Ghani Yang Dipertua MDGM, YABrs. Tuan Ketua Jajahan Kecil Lojing, YBrs. Timbalan Ketua Jajahan PTJGM, Pegawai Pejabat Tanah & Jajahan Gua Musang serta semua Ketua Bahagian MDGM.