MENU

KERAJAAN NEGERI KELANTAN telah mengadakan Majlis Pelancaran Kelantanku Bersih dan gotong-royong perdana yang diadakan pada 19 Syaaban 1440H/ 25 April 2019M, jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi. Majlis ini telah dilancarkan secara rasmi oleh YAB. Ustaz Dato' Bentara Kanan Hj. Ahmad Bin Yakob (Menteri Besar Kelantan), bertempat di Dataran Bandaraya Kota Bharu Bandar Raya Islam. Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan terlibat dalam program ini dalam merangka halatuju supaya negeri kelantan menjadi negeri paling bersih di Malaysia.