MENU

Majlis Pelancaran Tahun Melawat Kelantan 2012 telah berlangsung pada hari Jumaat, 6 Rabiulakhir 1433H bersamaan 2 Mac 2012. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan bertempat di Stadium Sultan Muhammad IV pada jam 8.30 malam. Turut hadir ialah Menteri Besar Kelantan,Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat dan timbalannya, Datuk Ahmad Yakob, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, anggota-anggota exco yang lain, Adun serta pegawai kanan kerajaan negeri dan Persekutuan.

Pelbagai program menarik telah diatur bagi memeriahkan lagi acara tersebut. Diantara program yang telah dijalankan adalah seperti Kuliah Perdana oleh YBhg. Ustaz Dato’ Abu Hassan Din Al-Hafiz, Majlis Sepetang Bersama YBhg. Ust. Azhar Idrus, Konsert & Pertunjukan Bunga Api, Pesta Sukan Air, Extreme Motor Show dan Malam Citrawarna Kelantan.