MENU

Pada 22 Oktober 2013 (Selasa), bertempat di Dewan Pusat Sivik Gua Musang, Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) telah berjaya mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2012 kakitangan MDGM. Majlis berlangsung Jam 2.30 petang dan telah disempurnakan oleh YABrs. Tuan Haji Nazran Bin Muhammad, Yang Dipertua MDGM. Turut hadir bersama dalam majlis tersebut ialah YBrs Setiausaha MDGM, Ketua WHIP, Ahli Majlis, Ketua Unit dan semua kakitangan MDGM.

Dalam ucapan Tuan Yang Dipertua mengingatkan semua kakitangan supaya bekerja dalam satu pasukan, menerapkan budaya kerja berprestasi tinggi, saling hormat-menghormati sesama kakitangan dan menyarankan semua kakitangan bekerja bersungguh-sungguh demi mencapai misi Majlis untuk menjadi Majlis Perbandaran suatu hari nanti. Tuan Yang Dipertua juga berharap supaya semua kakitangan terus menyokong pengurusan dan ahli majlis dalam membangunkan Jajahan Gua Musang seterusnya dapat meningkatkan prestasi dan pendapatan majlis pada masa akan datang. Seramai 12 orang kakitangan telah dinobatkan sebagai penerima anugerah tersebut yang mewakili semua Bahagian/unit di MDGM. Semua penerima anugerah membawa pulang cek sebanyak RM500 dan sijil penghargaan. Sekalung TAHNIAH diucapkan.