MENU

PADA 17 MAC 2018, YAB. Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan hadir merasmikan Masjid Buluh, Gua Musang selepas solat hajat dimasjid berkenaan. Turut hadir YB. Dato' Haji Abdul Fattah Mahmood, YB. Haji Zulkifli Mamat, Penyelia Parlimen, Penyelia Dun Galas dan Paloh, Tuan OCPD Gua Musang, Wakil Ketua Jajahan, guru-guru halaqat, pelakon Mustapha Kamal dan anak muda MERAK diketuai presidennya, En. Azaizuree yang datang sejak petang tadi berkonvoi ke masjid berkenaan. Majlis turut dimeriahkan dengan penganjuran Karnival Bertani Satu Ibadah yang diadakan disekitar Masjid Buluh berkenaan. Ustaz Dato' juga membuat lawatan ke kawasan projek Rumah Mampu Milik Kelantan sebanyak 488 unit yang telah siap dibina di Bandar Baru Gua Musang.