MENU

MAJLIS DAERAH GUA MUSANG (MDGM) sekali lagi mengorak langkah ke hadapan apabila berjaya mengadakan Majlis Perasmian Pecah Tanah Kilang Simen Bersepadu di Chiku 7 Jajahan Gua Musang antara Kerajaan Negeri Kelantan, Majlis Daerah Gua Musang dan ASN Cement Sdn. Bhd. Majlis telah berlangsung pada 25 Februari 2015 yang dirasmikan oleh YAB. Ustaz Dato' Ahmad Bin Yakob, (Menteri Besar Kelantan). Majlis turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri termasuk YABrs. Y.M Yang Dipertua MDGM, Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis, Ketua-Ketua Unit MDGM, Pengurusan Syarikat ASN Cement Sdn. Bhd. dan penduduk sekitar. Dalam ucapan YAB. Ustaz Dato' Menteri Besar berharap supaya projek pembinaan kilang simen ini akan dapat memberi manfaat kepada rakyat negeri kelantan seterusnya dapat memacu ekonomi penduduk sekitar dan sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa dalam melaksanakan pembangunan ini.