MENU

MAJLIS DAERAH GUA MUSANG telah mengadakan Majlis Perasmian Taman Sri Chindai (Parcel A) dan Perletakan Asas Kerja (Parcel B) projek usahasama Majlis Daerah Gua Musang dengan Syarikat True Impression Sdn Bhd pada 3 Syaaban 1439H/19 April 2018M (khamis), bertempat di Tapak Projek Pembinaan Bandar Gua Musang   (sebelah stesen bas bandar lama Gua Musang). Majlis ini telah dirasmikan oleh YB. Dato' Hj. Abdul Fattah Bin Hj Mahmood, EXCO Kerajaan Negeri Kelantan. Turut hadir dalam majlis ini YM. Yang Dipertua, Ketua WHIP, Ahli-Ahli Majlis, Setiausaha dan kakitangan MDGM. Dif-dif kehormat yang lain dijemput adalah Penyelia Parlimen Gua Musang, Penyelia Dun Paloh, Penyelia Dun Galas, Penyelia Dun Nenggiri dan Ketua-Ketua Jabatan Negeri, Persekutuan dan masyarakat setempat.