MENU

PADA 28 OKTOBER 2018, Majlis Daerah Gua Musang telah mengadakan Majlis Perjumpaan Bulanan Kakitangan MDGM bersama YBrs. Tuan Setiausaha MDGM dan Majlis perpisahan YBrs. En Ahmad Faeiz Bin Mohamed (Ketua Unit OSC MDGM) yang akan bertukar ke Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) pada 01 November 2018. Sepanjang 5 tahun berkhidmat dan menabur budi di Majlis Daerah Gua Musang beliau sangat komited, amanah dan penyayang dalam menjaga hubungan baik antara rakan sekerja di MDGM. Pihak Pengurusan, Ahli Majlis dan semua kakitangan MDGM mengucapkan selamat maju jaya dan meneruskan kecemerlangan dalam meneruskan perkhidmatan terbaik di tempat baharu nanti.