MENU

MAJLIS DAERAH GUA MUSANG telah mengadakan majlis perjumpaan kakitangan bersama Tuan Setiausaha yang berlangsung pada 04 Ramadan 1440H bersamaan 9 Mei 2019M, bertempat di Dewan Mahamad Husin MDGM. Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. En. Zulkarnean Bin Isa, Setiausaha Majlis Daerah Gua Musang. Turut hadir dalam program ini Semua Ketua Bahagian dan kakitangan. Pada majlis tersebut Tuan Setiausaha turut menyampaikan hadiah kepada kakitangan yang mendapat cahaya mata, cenderahati harijadi, cenderahati kakitangan baru berkahwin dan sumbangan buah kurma kepada semua kakitangan sempena menyambut bulan ramadan al-mubarak yang mulia ini.