MENU

Bertempat di Masjid Perpaduan Gua Musang, Majlis Daerah Gua Musang telah mengadakan satu program kerohanian iaitu ‘Program USRAH MDGM' pada 9/5/2013 kepada semua kakitangan bagi meningkatkan lagi sahsiah diri dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T. Program ini akan diadakan pada setiap bulan dan turut disertai oleh Pegawai dan Ahli Majlis MDGM. Program ini diadakan pada jam 1.00 tengah hari hingga 2.00 petang dan dimulakan dengan solat zohor berjemaah dan seterusnya program usrah dimulakan. Program ini telah diimamkan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Tarmizi bin Abd Rahman (Ahli Majlis MDGM), majlis ini berjaya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua kakitangan dan mencapai objektif yang ditetapkan oleh pihak Majlis.