MENU

3 Mac 2012- Kira-kira 10,000 warga Kelantan membanjiri Dataran Kota Sultan Ismail Petra untuk menyaksikan perarakan kereta berhias sempena Tahun Melawat Kelantan (TMK@12). Sebanyak 36 kontinjen telah mengambil bahagian dalam perarakan itu, antaranya majlis-majlis daerah seluruh negeri, perarakan motosikal klasik, beca, vespa dan pelbagai lain lagi.

Para pengunjung mengambil kesempatan untuk menyaksikan citrawarna perarakan kereta berhias dengan mengambil tempat di laluan kanan dan kiri jalanraya dari Bandar Baru Tunjung dan berakhir di Dataran Rehal.
Johan bagi perarakan kereta berhias disandang oleh Majlis Daerah Tanah Merah, dengan membawa pulang RM3,000 dan sijil penghargaan. Naib johan adalah Majlis Daerah Gua Musang dan Majlis Daerah Ketereh ditempat ke-3.

Selain itu, persembahan kebudayaan di atas kereta berhias oleh tiga kaum utama di negeri ini, Melayu, tarian singa oleh masyarakat Cina , India, dan persembahan daripada masyarakat Siam juga turut diadakan.
Turut hadir memeriahkan majlis berkenaan ialah Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, anggota exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman dan beberapa orang pemimpin lain.