MENU

MAJLIS DAERAH GUA MUSANG (MDGM) telah mengadakan Mesyuarat Penuh MDGM Kali Ke-4 dan lawatan sambil belajar ke Kuching Sarawak pada 12-15 April 2018. Ketua Delegasi program ini diketuai oleh YM. Yang Dipertua MDGM, turut hadir sama Ahli-Ahli Majlis, Setiausaha dan semua Ketua Unit MDGM. Sempena lawatan ini juga MDGM telah melakukan kunjungan hormat ke Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) sambil mempelajari ilmu pengurusan dan pentadbiran PBT di negeri Sarawak. Hasil daripada program ini telah banyak memberi ilmu kepada pihak pengurusan MDGM dalam memastikan perkhidmatan PBT Gua Musang dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat/pelanggan di Jajahan Gua Musang.