MENU

Bahagian Penguatkuasaan Majlis Daerah Gua Musang telah menjalankan operasi penjaja di hadapan Sek. Keb. Sri Wangi 2 pada 10 Julai 2019 dari jam 12.00 - 2.00 petang. Tindakan menyita barangan jualan dibawah Akta Sek.9(1) Undang-Undang Kecil Penjaja MDGM 2012. Kompaun telah dikeluarkan dan boleh didenda sehingga RM500.

Operasi yang diketuai oleh Pen. Pegawai Penguatkuasa dan seramai 9 orang anggota penguatkuasa MDGM.
Sebelum ini beberapa kali notis telah dikeluarkan supaya tidak menjalankan perniagaan di hadapan sekolah dalam jarak 50 meter dari pagar sekolah.