MENU

Unit Penguatkuasa MDGM telah mengadakan operasi rampasan/sitaan minuman keras 'Beer' bagi premis yang tidak mempunyai lesen. Operasi telah dilakukan sekitar bandar di Jajahan Gua Musang yang diketuai oleh En. Mohd Suhairizan Bin Hassan, Pen. Pegawai Penguatkuasa MDGM. Operasi ini dilakukan kerana melanggar undang-undang kecil PBT dan notis kompaun telah dikeluarkan kepada pemilik premis.