MENU

MAJLIS DAERAH GUA MUSANG melalui unit penguatkuasaan dan unit kebersihan telah mengadakan Ops Angkut dan bersih halangan lorong belakang premis perniagaan di Bandar Utama pada 21 Februari 2019 yang dijalankan oleh 6 orang anggota unit Penguatkuasa dan Kebersihan MDGM. Dalam operasi tersebut semua barang-barang dan sampah yang terbiar telah diangkut dan dibersihkan kerana menghalang petak parking dan laluan kenderaan kawasan jalan belakang premis perniagaan tersebut.