MENU

KELAB KEBAJIKAN SUKAN DAN SOSIAL (KESUMA) MAJLIS DAERAH GUA MUSANG telah menganjurkan Pesta Mancing Mania 2015 yang berlangsung pada 17 Oktober 2015 di Taman Tasik Gua Musang. Program ini turut disertai oleh Penolong Ketua Jajahan Gua Musang, Ahli-Ahli Majlis dan Kakitangan MDGM. Majlis berlangsung dengan penuh muhibbah dan suasana yang cukup meriah dengan kehadiran peserta memancing dari dalam dan luar Jajahan Gua Musang. Program ini telah menawarkan hadiah yang lumayan kepada pemenang-pemenang dalam acara dipertandingkan termasuk menyediakan sebuah kereta sebagai hadiah utama.