MENU

Program GOTONG-ROYONG MEGA Perangi Aedes dan Zika Peringkat Daerah Gua Musang telah dijalankan bersama MDGM dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Gua Musang, KRT dan Jawatan kuasa Perwakilan Penduduk Taman Wangsa Mewangi pada 19hb November 2016. Gotong royong ini juga disertai oleh jabatan Bomba, Rela, Unit Vektor PKDGM, pekerja Econjaya, penduduk Taman Wangsa Mewangi dan pemilik rumah kedai yang berhampiran. Tujuan gotong royong ini diadakan untuk memusnahkan tempat berpotensi pembiakan nyamuk aedes dan pembersihan kawasan Taman Wangsa Mewangi Gua Musang. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.