MENU

MAJLIS DAERAH GUA MUSANG dengan kerjasama PUSAT PENERANGAN PELANCONGAN NEGERI KELANTAN (TIC) telah menganjurkan program Mancing Mania 2018 Gua Musang yang berlangsung pada 27 Oktober 2018 (Sabtu) di Taman Tasik Gua Musang. Program ini telah dirasmikan/penutup oleh YBrs. En Zulkarnean Bin Isa, Setiausaha MDGM mewakili YABrs. Tuan Yang Dipertua MDGM. Pemenang program ini telah berjaya membawa pulang hadiah Juara (RM5000), naib juara (RM3000) dan tempat ketiga (RM1000) serta cabutan bertuah dengan hadiah sebuah kereta. Program ini turut dihadiri oleh YBrs. En Fazli Bin Mohd Zain (Ketua WHIP), YBrs. Ustaz Abdullah Bin Hussien (Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Perpaduan & Pelancongan MDGM), Ahli-Ahli Majlis dan seluruh kakitangan MDGM dan rakyat Gua Musang dan luar negeri kelantan.