MENU

Bertarikh 24 Julai 2014 (Khamis), Majlis Daerah Gua Musang telah menjalankan Majlis Semarak Enakmen Kanun Jenayah Syariah II & Majlis Sambutan Kepulangan Anak Kelantan Di Perantauan Peringkat Jajahan Gua Musang, yang berlangsung di Hadapan Stesen Penguatkuasa JPJ Tanah Puteh Gua Musang. Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. En. Mohd Zaki Bin Ismail Setiausaha MDGM, Ketua WHIP, Ahli Majlis, Ketua Jabatan Persekutuan & Negeri dan NGO di Jajahan Gua Musang. Sempena majlis tersebut juga Majlis Daerah Gua Musang telah memberi sumbangan 'Goodies' sebanyak 1000 beg kepada anak perantau yang pulang menyambut Hari Raya ke Negeri Kelantan. Majlis berlangsung dengan penuh jayanya dan mendapat sokongan padu daripada semua agensi kerajaan dan masyarakat setempat di kawasan tersebut.