MENU

Pada 7-11 Syaaban 1434H bersamaan 16-20 Jun 2013 bertempat di Aura Training Centre Kandis, Bachok Kelantan. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan telah menganjurkan Program Transformasi Minda Bil 1/2013 bagi kakitangan Penjawat Awam Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Badan Berkanun yang belum disahkan pelantikannya. Objektif program ini adalah untuk mendedahkan tentang selok-belok perkhidmatan dalam sektor awam Malaysia. Seramai 51 orang peserta dan 5 orang daripadanya adalah Kakitangan Majlis Daerah Gua Musang. Mereka terdiri daripada Penolong Pegawai Kesihatan & Persekitaran, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dan 3 orang kakitangan Pekerja Awam. Sepanjang 5 hari berkursus banyak input-input berguna diperolehi dan dapat memupuk semangat ukhwah antara kakitangan agensi Kerajaan Negeri Kelantan. Program ini banyak mengajar kakitangan berkaitan dengan nilai jati diri dan integriti seorang penjawat awam dalam meningkatkan Sistem Penyampaian Kerajaan dan merealisasikan Program Transformasi Kerajaan untuk menuju negara maju dan berpendapatan tinggi pada tahun 2020. Sekalung tahniah kepada pihak Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan serta pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang menjalankan program ini hingga jayanya. .