KELAB KESUMA MAJLIS DAERAH GUA MUSANG telah menganjurkan Ekspedisi Menjejak Bunga Reflesia 2014 di pos Jedip, Lojing Kelantan. program ini telah dilangsungkan pada 03 Disember 2014 yang turut disertai oleh 40 orang kakitangan MDGM, 8 orang kakitangan Jabatan Perancangan Bandar & Desa Negeri Kelantan (JPBD), 3 orang kakitangan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), 5 orang kakitangan Syarikat Bandar Utama Gua Musang & wakil Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan. Semua peserta mula mendaki gunung jam 10.30 pagi dan berjaya sampai ke tempat pembiakan bunga reflesia jam 1.00 tengahari, peserta telah mengharungi cabaran yang penuh mencabar dengan melalui jalan hutan yang penuh bergunung-ganang serta dalam cuaca yang hujan namun semangat kental peserta telah berjaya menawan puncak pembiakan bunga reflesia akhirnya. Semua peserta selamat turun dari kawasan pendakian tepat jam 5.00 petang. Program ini telah berjaya menempa sejarah dan menjadi kenangan yang sangat manis kepada semua peserta yang terlibat.