MENU

MAJLIS DAERAH GUA MUSANG melangkah ke hadapan dengan menyahut seruan kerajaan bagi menjayakan Pelan Transformasi PBT dengan melaksanakan mesyuarat penuh secara 'Live Streaming' di MDGM. Sesi penyerahan peralatan live streaming oleh pihak Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) telah berlangsung pada 23 Oktober 2017 di Dewan Persidangan Dato Hj Ismail Bin Hj Hassan MDGM. Penyerahan peralatan ini telah dilakukan oleh YBrs. Penolong Pengarah Kanan BPM JKT Putrajaya kepada YBrs. Tuan Hj Nik Abdul Halim Bin Haji Nik Hassan, Setiausaha MDGM mewakili pihak YM. Yang Dipertua MDGM. Pihak MDGM amat berbesar hati dengan sumbangan peralatan ini demi mencapai kepuasan pelanggan seterusnya memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.