MENU

Pada 02 Julai 2013 (Selasa) Majlis Daerah Gua Musang telah menganjurkan sesi taklimat dan cabutan tapak bazar ramadhan 1434H yang bakal tiba nanti. Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Gua Musang (Pejabat Kesihatan Daerah Gua Musang). Program ini turut dihadiri oleh Penolong Pegawai Kesihatan Dan Persekitaran MDGM, Ketua Unit Penguatkuasaan MDGM, Pembantu Kesihatan Dan Persekitaran MDGM serta Pembantu Tadbir Perlesenan MDGM. Majlis ini bertujuan untuk memberi maklumat dan panduan kepada semua peserta tapak bazaar ramadhan tentang pentingnya menjaga kebersihan dan kualiti makanan kepada orang awam sepanjang bulan ramadhan nanti. Sebanyak 144 tapak bazar ramadhan di Tapak Pasar Lambak Gua Musang telah disediakan untuk peserta yang berjaya.