MENU

MAJLIS DAERAH GUA MUSANG melalui Bahagian Kesihatan & Persekitaran telah mengadakan taklimat bazar Ramadan 1439H/2018M kepada peniaga-peniaga yang akan menjalankan perniagaan di bazar ramadan Gua Musang nanti. Taklimat ini telah disampaikan oleh YBrs. Pegawai Kesihatan Daerah Gua Musang pada 15 Mei 2018, di dewan Kesuma MDGM. Turut hadir YBrs. Pen. Pegawai Kesihatan & Persekitaran MDGM (mewakili YBrs. Tuan Setiausaha MDGM) dan kakitangan serta semua peniaga bazar ramadan Gua Musang 2018.