MENU

MAJLIS DAERAH GUA MUSANG bersama Persatuan Pedagang Sarang Burung Gua Musang telah mengadakan sesi taklimat tentang permohonan lesen bagi rumah burung walit di Jajahan Gua Musang yang berlangsung pada 24 Julai 2019 di Dewan Youth Malaysian Movement (YMM) Taman Tropika Gua Musang. Pihak MDGM telah menyampaikan taklimat berkaitan prosedur dan peraturan-peraturan berdasarkan perundangan yang mesti dipatuhi oleh semua pengusaha burung walit sebelum mendapatkan lesen premis rumah burung walit. Taklimat ini turut dihadiri Ahli Majlis, Pen. Pegawai Kesihatan & Persekitaran, Pen. Pegawai Undang-Undang, Pen. Jurutera dan Pen. Pegawai Perancang Bandar & Desa MDGM serta semua pengusaha sarang burung walit di Jajahan Gua Musang.