MENU

 

Assalamualaikum,

Bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-NYA, dapat kita bersama-sama berganding bahu dalam memperlengkapkan laman web ini untuk kepentingan bersama. Kepada pelawat-pelawat Laman Web Majlis Daerah Gua Musang (MDGM). Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang ke Laman Web MDGM. Sebagai penghargaan kepada pengunjung-pengunjung laman web MDGM, kami di MDGM sentiasa menerokai dan mencari idea dan kaedah-kaedah baru untuk memberi perkhidmatan yang cekap dan terbaik kepada seluruh warga Gua Musang.

Pengunjung-pengunjung laman web MDGM akan disajikan dengan paparan maklumat terkini mengenai perkhidmatan yang disediakan dan juga maklumat mengenai MDGM. Kami di MDGM mengalukan-alukan cadangan-cadangan atau idea-idea dari pengunjung-pengunjung Laman Web ini untuk kami jadikan inspirasi dalam membentuk sebuah PBT yang mampu memberi kepuasan kepada semua pihak khususnya warga di Jajahan Gua Musang.

Saya berharap dengan adanya kemudahan seperti ini, kami mampu untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan lebih dedikasi dan inovatif, di samping menyampaikan maklumat dengan tepat dan cepat secara terus kepada orang ramai.

Tanggungjawab yang diamanahkan akan kami laksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab agar kita semua dapat melahirkan Jajahan Gua Musang sebuah Bandar yang "Bersih, Indah dan Ceria".

Sekian, terima kasih.

" RAJA BERDAULAT, RAKYAT MUAFAKAT, NEGERI BERKAT "
" MEMBANGUN BERSAMA ISLAM-KELANTAN MENERAJUI PERUBAHAN "
" MDGM-BERSIH,INDAH,CERIA "

 

[YBHG. Dato' Haji Norazman Bin Abd Ghani]
YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH GUA MUSANG