MENU

Visi MDGM

MENJADIKAN MAJLIS DAERAH GUA MUSANG SEBUAH PBT YANG MAJU, MAKMUR DAN SEJAHTERA MENJELANG TAHUN 2025 ”

Sejak 10 tahun kebelakangan ini, Bandar Gua Musang telah mengalami tekanan pembangunan yang semakin meningkat terutama di sektor perumahan dan perindustrian.

Selaras dengan trend masa kini dan potensi pembangunan masa depan, visi Majlis Daerah Gua Musang adalah ke arah menjadikan Majlis Daerah Gua Musang sebuah PBT yang maju, makmur dan sejahtera menjelang tahun 2025.

Disamping itu juga, ia memainkan peranannya sebagai pusat perkhidmatan utama daerah yang mempunyai saiz penduduk dan kemudahan prasarana yang lengkap dan maju. Ianya juga akan berfungsi sebagai Pusat Pentadbiran, Pusat Perdagangan dan Pusat Perindustrian bagi Jajahan Kelantan Selatan Negeri Kelantan.

 

Misi MDGM

MENJADIKAN GUA MUSANG BANDAR HIJAU, MAJU DAN BERDAYA SAING ”

Bagi merealisasikan visi yang ditetapkan, misi perlu dibentuk atau diwujudkan kerana misi adalah penentu kejayaan sesuatu visi yang ditetapkan. MDGM telah menetapkan misinya iaitu menjadikan Gua Musang bandar terancang, bersih, sihat, sejahtera dan berbudaya.

Misi ini akan membantu berjayanya visi yang diwujudkan. Menjelang tahun 2025 Majlis Daerah Gua Musang berhasrat dapat menjadikan kawasan pentadbirannya bandar terancang, bersih, sihat, sejahtera dan berbudaya akan dapat dinikmati oleh penghuninya.