MAJLIS DAERAH GUA MUSANG telah mengorak langkah ke hadapan dengan membina sebuah ECO R&R di Lojing yang terletak berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Pos Brooke Lojing, Kelantan. Kewujudan ECO R&R ini akan merancakkan lagi pembangunan di tanah tinggi Lojing seterusnya menjadikan Jajahan Kecil Lojing salah satu daya tarikan pelancongan di Gua Musang. Operasi ECO R&R Lojing telah bermula pada bulan Jun 2016 dengan menempatkan Pejabat MDGM Cawangan Lojing serta 7 unit Motel untuk disewa oleh pelancong dan pelawat. Kadar sewaan Motel di ECO R&R Lojing adalah seperti berikut:
ECO R&r LOJING HIGHLANDS |
KIOSK RUANG NIAGA |
BILIK MOTEL/PENGINAPAN |
PERMAINAN KANAK-KANAK |
TANDAS AWAM
|
PAPAN TANDA ECO R&R |
BIL | JENIS | KADAR SEWA | GAMBAR BILIK |
1. | Type 2a (5 Unit - 20' x 8') |
RM700.00/Sebulan RM70.00/Sehari RM10.00/Sejam |
|
2. | Type 3a (2 Unit - 20' x 16') |
RM1,000.00/Sebulan RM 100.00/Sehari RM 20.00/Sejam |
|
Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut boleh berhubung terus dengan Pejabat Majlis Daerah Gua Musang @ Pejabat MDGM Cawangan Lojing di talian: 09-9120235 Atau 011-16369177 (En. Zulhisam-Penyelia MDGM Cawangan LOJING) Atau email : mdgm@kelantan.gov.my