MENU

Satu operasi banteras jualan arak tanpa lesen telah diadakan di tiga (3) lokasi iaitu di Kg. Baru Cina, Kg. Pulai dan Bandar Lama Gua Musang pada 5 Februari 2013. Operasi dijalankan oleh Unit Penguatkuasaan Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) dengan kerjasama Jabatan Kastam Negeri Kelantan. Operasi dianggotai seramai 10 orang anggota penguatkuasa MDGM dan 10 orang anggota Jabatan Kastam. Turut menyertai operasi ini ialah Penolong Pegawai Undang-Undang MDGM dan Penolong Pegawai Kesihatan Dan Persekitaran MDGM. Operasi ini berjaya membuat rampasan arak yang dijual tanpa lesen dianggarkan berjumlah RM3700. Satu kompaun telah dikeluarkan mengikut Undang-Undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan Dan Perindustrian MDGM 2012.