MENU

Pada 24/12/2012 Majlis Daerah Gua Musang berjaya mengadakan Mesyuarat Penuh MDGM Kali ke 11 & 12 Tahun 2012 dengan jayanya bertempat di Hotel Vistana Kuala Lumpur. Mesyuarat ini dipengerusikan Oleh Yang Dipertua MDGM yang turut disertai oleh ahli mesyuarat lain iaitu Setiausaha, Ketua WHIP, Ahli Majlis dan semua Ketua Unit MDGM. Majlis Daerah Gua Musang juga telah berjaya mencapai Sasaran Kerja Tahunan (SKT) bagi mesyuarat penuh majlis iaitu sebanyak 12 kali dalam setahun sebagaimana yang ditetapkan dalam Akta Kerajaan Tempatan.