KERAJAAN NEGERI KELANTAN Bersama Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC), Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) dan Universiti Malaysia Kelantan (Kampus Jeli) telah menganjurkan XPDC Menjejak Bunga Rafflesia Lojing 2018, pada 26 April 2018 (Khamis), di ECO R&R Lojing, Gua Musang. Program ini telah disertai oleh kakitangan agensi kerajaan persekutuan/negeri, pensyarah dan pelajar UMK, para pelancong dari dalam dan luar negeri. Acara ini telah dibuat pelepasan jam 9.00 pagi oleh YBrs. Tuan Setiausaha MDGM (Mewakili YB. Dato' Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Negeri Kelantan) di perkarangan pusat peranginan ECO R&R Lojing. Seramai 200 orang peserta telah menyertai program ini dan semua peserta berjaya sampai ke lokasi Bunga Rafflesia di puncak tanah tinggi Lojing.